Thursday, 21 July 2011

PAS Lancar Buku Negara Berkebajikan Bulan Depan


KUALA LUMPUR 21 JULAI : Buku negara berkebajikan yang ditulis Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilancarkan pertengahan bulan depan dengan menekankan tiga aspek penting bagi menjawab kritikan pesaing politik parti itu.

Setiausaha Akhbar Abdul Hadi, Nasaie Ismail berkata, buku setebal 50 muka surat itu menekankan soal pentadbiran negara yang gagal dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara.

Jelas beliau, buku negara berkebajikan yang akan dilancarkan serentak dengan dokumen negara berkebajikan menekankan tiga aspek utama yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Menurutnya lagi, buku negara berkebajikan itu tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat.

Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 hari pertama, yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

“Kandungan buku (negara berkebajikan) lebih kepada untuk memahami konsep negara berkebajikan kerana ada dua persoalan yang orang tanya sekarang ini, yang pertama adakah negara berkebajikan ini sama dengan ‘welfare state’ dan yang kedua Umno kata dah buat negara itu tapi yang kita jawab dalam buku itu tidak sama dengan apa yang Umno buat dan yang ketiga yang menjadi persoalan bagaimana dengan Buku Jingga.

“Negara berkebajikan ini bukan satu tawaran sehala bagaimana Buku Jingga, Buku Jingga adalah perkara-perkara yang ada dalam negara berkebajikan tetapi negara berkebajikan adalah konsep bernegara yang kita nak tunjukkan sebab yang kita hendak betulkan ini bukan satu bab sahaja.

“Kalau dalam Buku Jingga adalah janji 100 hari (pertama) Pakatan Rakyat tapi negara berkebajikan ini, kita nak tunjukkan konsep bernegara sebab yang rosak bukan aspek ekonomi sahaja, negara ini dirosakkan BN dalam semua aspek. Jadi kita nak gantikan negara yang BN bina sekarang ini dengan negara apa, negara berkebajikan,” kata Nasaie kepada The Malaysian Insider.

“Negara berkebajikan ini ada tiga ciri yang pertama negara berkebajikan ini mesti dipimpin oleh pemimpin dan rakyat yang berintegriti, berwibawa kalau dalam Islam kita sebut yang beriman.

“Pemimpin kalau dalam sudut agamanya dia jaga kemudian amalan-amalan yang diterima oleh semua pemimpin yang tidak rasuah, pemimpin yang tidak jadikan negara ini kepunyaan dirinya dan sebagainya.

“Yang penting pemimpin mesti berintegriti, kalau rakyat berintegriti tapi pemimpin tidak, tidak ada gunanya... kalau pemimpin berintegriti tapi rakyat porak-peranda tak guna juga,” katanya.

Panel pelaksana konsep negara berkebajikan dipengerusikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Difahamkan dokumen negara berkebajikan sudah berada di peringkat akhir perincian.

Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS pada 3 Jun lalu.

Ucapan dasar itu bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasaie yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan berkata, konsep negara berkebajikan turut memberi penekanan terhadap pengagihan ekonomi yang adil kepada keseluruhan rakyat.

“Yang kedua agihan ekonomi yang adil, di situ termasuk Buku Jingga tapi Buku Jingga untuk 100 hari jadi tiada pencanggahan di situ. Keadilan ekonomi yang kita nak beri bukan bermakna ada satu pihak didahulukan dan ada satu pihak di kemudiankan, maknanya sama rata.

“Yang ketiga, negara yang berakhlak, negara yang berakhlak ini dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai ciri seperti tepati janji terutamanya dengan orang bukan Islam dan golongan minoriti, bersikap adil kepada semua, kalau mengenai ‘welfare state’, kita lihat pada hari ini, banyak yang sudah jatuh dari segi ekonomi tapi konsep yang kita nak bawa ini adalah konsep bernegara daripada pemimpin, rakyat dan agihan ekonomi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kandungan buku negara berkebajikan itu turut menyentuh agar pemerintah turut memberi tumpuan kepada hak minoriti dan rakyat kebanyakan yang diketepikan dalam pentadbiran BN.

“Negara berkebajikan juga memberi keutamaan kepada hak-hak minoriti sama ada ia berasaskan kaum atau etnik seperti di Sabah dan Sarawak atau Orang Asli ataupun jantina.

“Yang selama ini diketepikan adalah hak kebanyakan seperti petani, nelayan . . . mereka tiada slip gaji tapi perlukan rumah, nak kahwin dan golongan ini yang kerajaan perlu bagi inisiatif dalam negara berkebajikan. Kita nak buat lain daripada apa yang Umno dah buat, lawan kepada negara berkebajikan adalah negara keangkuha, ini adalah dalam buku itu,” katanya.

Kata Nasaie, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam tulisannya turut membuat perbandingan antara negara berkebajikan iaitu negara keangkuhan.

“Negara keangkuhan ini contohnya Firaun, Namrud dan sebagainya kalau dalam sejarah tapi zaman sekarang Umno ini kita sebut negara keangkuhan,” katanya.

Presiden PAS di Merbok

Thursday, 7 July 2011

Ceramah Timbalan Presiden di Merbok

Gambar-gambar sekitar majlis Penerangan Pakatan Rakyat di Merbok







ribuan hadir walaupun lokasi ditukar disaat akhir

Monday, 4 July 2011

Perubahan Lokasi Timbalan Presiden PAS di Merbok

Agung titah kerajaan adil dan bijaksana

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Bersih 2.0 yang didokong oleh berpuluh-puluh NGO dan parti politik merancang untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung memohon baginda membantu mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil untuk rakyat negara ini.

Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:-

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Tuntutan ini adalah kesinambungan Bersih pertama yang dibuat menjelang pilihan raya ke 12 lalu

Saturday, 25 June 2011


Seminar Kepimpinan PAS Merbok yang telah pun berlangsung dengan jayanya. Gambar sekitar program boleh tengok di sini.

Thursday, 23 June 2011

Salah Jual Baju BERSIH


Malaysia Kini melaporkan bahawa seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0.

Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0.

Katanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang.Malah yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini."Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini? "Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya," kata Shamsul. 

Sementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.

"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya. 

"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning,” katanya. 


P/s: Koi Kaghot dah puak ni

Wednesday, 22 June 2011

Senarai Pengerusi Lajnah-Lajnah PAS Pusat Sesi 2011-2013

Berikut adalah Senarai Pengerusi Lajnah-Lajnah PAS Pusat

 Sesi 2011-2013

PENGERUSI LAJNAH-LAJNAH PAS PUSAT SESI 2011– 2013
1. Lajnah Politik dan Pilihanraya
Pengerusi: YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan: Hj Mohamad Sabu
Setiausaha: Dato’ Mustafa Ali
2. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi: YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Pengarah: Ustaz Idris Ahmad
Tim. Pengarah: YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali
3. Lajnah Penerangan dan Dakwah
Pengerusi: Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1: YB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin
Timbalan 2: Ustazah Nuridah Salleh
4. Lajnah Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS
Pengerusi: YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman
Timbalan 1: YB Dato’ Dr. Haji Hasan Mohd Ali
Timbalan 2: Hj Affandi Mohammad
5. Lajnah Pendidikan
Pengerusi: Dato’ Ustaz Abu Bakar Chi
Timbalan 1: YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah
Timbalan 2: YB Dr Halimah Ali
6. Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah
Pengerusi: Mazlan Aliman
7. Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar
Pengerusi: Hj Anuar Tahir
8. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengerusi: Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
9. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi: YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
10. Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi: YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
Timbalan: YB Dato’ Kamarudin Jaffar
11. Lajnah Pengguna
Pengerusi: YB Dato' Haji Mahfuz Omar
12. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi: Haji Asmuni Awi
Timbalan: Sdr Mohamed Hanipa Maidin
Setiausaha: Sdr Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
13. Lajnah Alam Sekitar
Pengerusi: Hj Zulkefly Mohamad Omar
14. Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi: YB Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa
15. Lajnah Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi: YB Dr. Dzulkefly Ahmad
16. Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi: YB Salahuddin Ayub
Timbalan: YB Khalid Abd Samad
17. Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi
Pengerusi: Hj Mohamad Sabu
Timbalan: YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
18. Lajnah Pertanian
Pengerusi: YB Ir Dato’ Amirudin Hamzah
19. Pusat Penyelidikan PAS Pusat
Pengerusi: Dr Ahmad Zahidi Marzuki
20. Lembaga Pemegang Amanah ( Perlembagaan Fasal 78 (1)
Pengerusi: Presiden
Ahli: Setiausaha Agung
: Bendahari
21. Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi: YB Dato’ Haji Husam Musa
22. Jabatan Pilihanraya PAS Pusat
Ketua Pengarah: YB Dr Mohd Hatta Md Ramli
23. Jabatan Presiden
Setiausaha Politik Presiden: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Akhbar Presiden: Sdr Nasaie bin Ismail
24. Jawatankuasa Kewangan ( Perlembagaan Fasal 76 (2).)
Pengerusi: YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Setiausaha: YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman
Ahli: Dato’ Mustafa Ali
25. Jawatankuasa Disiplin Parti
Pengerusi: Dato’ Hj Wan Mutalib Embong
Timbalan: Hj Muhammad Burok

Tuesday, 21 June 2011

BERSIH 2.0: Merbok tidak akan ketinggalan


INI PUNGUTAN SUARA AKHBAR STAR




NOTA:
lihat dan lihat
ini pungutan suara dari akhbar mca STAR
lebih dari 1 juta pembaca akhbar ini
menyokong 9 julai



Himpunan Bersih pertama pada tahun 2007, Merbok telah diwakili oleh lebih 400 peserta. 4 buah bas yang diuruskan oleh PAS Kawasan, hampir 10 buah van dan berpuluh-puluh buah kereta membawa pendokong PAS Merbok menyahut cabaran Bersih.

Kali ini PAS Merbok yang diberi penghormatan menjadi tuan rumah pelancaran BERSIH 2.0 peringkat Kedah Selatan akan berusaha untuk menghantar lebih ramai peserta ke himpunan tersebut. Dewan Pemuda PAS Merbok sudah memulakan roadshow Bersih 2.0 keseluruh kawasan Merbok.

PAS Kawasan juga tidak ketinggalan akan mengadakan lawatan ukhuwah ke cawangan mengikut zon bermula 21 Jun 2011.

Terima kasih kepada media arus perdana, perkasa dan KJ yang membantu mempromosikan program ini setiap hari.