PAS Kawasa Merbok , MKK dan PAS Cawagan Pekan Sungai Lalang Menziarahi Mangsa Kebakaran di Kampung Pinang Dalam Sungai Lalang.
 |
EN. ABD. GHANI ABDULLAH |
En. Abd. Ghani B. Abdullah merupakan rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan tinggal di hujung kampong dihimpit pembangunan Bandar Laguna Merbok dan Pekan Sungai Lalang.
Sudah lima tahun beliau tinggal di tempat yang terasing ini. Teman karib yang menemani beliau ketika kesepian dan kebosanan adalah “Kecik “ dan “John”
En. Abd. Ghani yang berusia 39 tahun dan masih bujang bekerja sebagai pengawal keselamatan di SM Teknik 1, Sungai Petani.
Pada tanggal 21 April 2011 tempat tinggal beliau telah musnah dimamah api. Tindakan segera MKK Kg Pinang mengumpul derma, mengurangkan sedikit beban yang ditanggung beliau, tetapi tempat tinggal yang telah musnah belum mampu diganti.
 |
MUSNAH DIJILAT API |
Keperihatinan serta atas dasar kemanusiaan warga Indonesia yang bekerja sebagi buruh binaan telah membantu membina pondok sementara untuk tempat berteduh kepada En. Abd. Ghani.
Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh MKK Kg. Pinang, hari ini sekali lagi PAS Kawasan Merbok bersama MKK dan juga PAS Cawangan Pekan Sungai Lalang melawat ke rumah mangsa kebakaran tersebut.
 |
KESAN KEBAKARAN |
Hasil tinjauan didapati beliau amat-amat memerlukan bantuan bagi membina kembali tempat kediaman beliau. Bendahari PAS Kawasan Merbok, En. Ab. Latif Jusoh memberikan sedikit sumbangan wang kepada beliau, dan berjanji akan membawa perkara ini ke pengetahuan Pejabat Daerah dan mebantu sedaya mungkin bagi mengatasi masalah beliau.
 |
Kecik teman tidur En. Ghani |
 |
En. Ghani bermain dengan Kecik teman penghiburnya |
 |
John sentiasa memastikan keselamatan En. Ghani |
 |
Bendahari PAS Kawasan Merbok Dan MKK Kg Pinang Serius membincangkan masalah En. Ghani |
 |
MKK Sungai Lalang dan MKK Kg Pinang berbincang sesuatu sebelum menziarahi mangsa kebakaran |
 |
BENDAHARI PAS KAWASAN MERBOK, MKK DAN AJK PAS CAWANGAN PEKAN SG LALANG DI HADAPAN PONDOK SEMENTARA EN. ABD GHANI |
 |
Bendahari PAS Kawasan Merbok, MKK Kampung Pinang dan AJK PAS Cawangan Sungai Lalang berbincang dengan En. Abd. Ghani. |
No comments:
Post a Comment