Friday 20 May 2011

Ziarah Mangsa Kebakaran Di Kampung Pinang Dalam

PAS Kawasa Merbok , MKK dan PAS Cawagan Pekan Sungai Lalang Menziarahi Mangsa Kebakaran di Kampung Pinang Dalam Sungai Lalang.

EN. ABD. GHANI ABDULLAH
                En.  Abd. Ghani  B. Abdullah merupakan rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan tinggal di hujung kampong dihimpit pembangunan Bandar Laguna Merbok dan Pekan Sungai Lalang.
Sudah lima tahun beliau tinggal di tempat yang terasing ini.  Teman karib yang menemani beliau ketika kesepian dan kebosanan adalah  “Kecik “ dan “John”
                En.  Abd. Ghani yang berusia 39 tahun dan masih bujang bekerja sebagai pengawal keselamatan di  SM Teknik 1, Sungai Petani.


                Pada tanggal 21 April 2011 tempat tinggal beliau telah musnah dimamah api.  Tindakan segera MKK Kg Pinang mengumpul derma, mengurangkan sedikit beban yang ditanggung beliau, tetapi  tempat tinggal yang telah musnah belum mampu diganti.
MUSNAH DIJILAT API
                Keperihatinan serta  atas dasar kemanusiaan warga Indonesia yang bekerja sebagi buruh binaan telah membantu membina pondok  sementara untuk tempat berteduh kepada En. Abd. Ghani.
                Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh MKK Kg. Pinang, hari ini sekali lagi PAS Kawasan Merbok bersama MKK dan juga  PAS Cawangan Pekan Sungai Lalang melawat ke rumah mangsa kebakaran tersebut.  
KESAN KEBAKARAN
                Hasil tinjauan didapati beliau amat-amat memerlukan bantuan bagi membina kembali tempat kediaman beliau.  Bendahari PAS Kawasan Merbok, En. Ab. Latif Jusoh memberikan sedikit sumbangan wang kepada beliau, dan berjanji  akan membawa perkara ini ke pengetahuan Pejabat Daerah dan mebantu sedaya mungkin bagi mengatasi masalah beliau.



Kecik teman tidur En. Ghani

En. Ghani bermain dengan Kecik teman penghiburnya

John sentiasa memastikan keselamatan En. Ghani
Bendahari PAS Kawasan Merbok Dan MKK Kg Pinang Serius membincangkan masalah En. Ghani

MKK Sungai Lalang dan MKK Kg Pinang berbincang sesuatu sebelum menziarahi mangsa kebakaran

BENDAHARI PAS KAWASAN MERBOK, MKK DAN AJK PAS CAWANGAN PEKAN SG LALANG DI HADAPAN PONDOK SEMENTARA EN. ABD GHANI


Bendahari PAS Kawasan Merbok, MKK Kampung Pinang dan AJK PAS Cawangan Sungai Lalang berbincang dengan  En. Abd. Ghani.

No comments:

Post a Comment